Kehidupan peribadi Jenson_Button

Seperti kebanyakan pemandu Formula Satu, Button juga menetap di Monaco, bagaimanapun tinggal di Guernsey selama 18 bulan sebelum kembali ke Monaco pada 2012. Beliau juga mempunyai rumah di UK dan Bahrain.[126][127] Button mempunyai beberapa koleksi kereta, termasuk Nissan GT-R, VW Campervan 1956, Honda S600 dan Mercedes C63 AMG, termasuk beberapa kereta Ferrari (termasuk sebuah kereta Enzo) dan kereta kejuaraannya, Brawn BGP 001. Beliau akan melelong kereta Ferrari Enzo kepunyaannya di sebuah lelongan.[128] Sebelum ini, beliau dimiliki sebuah Honda NSX Type R yang berwarna biru, dan sebuah Bugatti Veyron.[129]

Beliau dahulunya bertunang dengan pelakon dan penyanyi, Louise Griffiths, sebelum memutuskan hubungan lima tahun mereka pada bulan Mei 2005.[130] Button kini berpancaran dengan model berketurunan Argentina-Jepun, Jessica Michibata, sejak tahun 2009.[131] Button juga merupakan duta jenama untuk Head & Shoulders, dan telah muncul dalam kempen pengiklanan bagi syarikat itu.[132]

Button juga melibatkan diri dalam badan amal melalui Amanah Jenson Button.[133] Ditubuhkan pada bulan Mac 2010, amanah tersebut memberikan sumbangan kepada beberapa badan kebajikan. Setiap tahun, badan amal tersebut akan memilih dan menamakan penerima yang menerima bantuan.

Pada 5 September 2011, Button membuka sebuah restoran di Beulah Street di Harrogate yang dipanggil Victus,[134] tetapi ia ditutup selepas beroperasi kurang daripada setahun.[135]

Rujukan

WikiPedia: Jenson_Button http://www.abc.net.au/news/2013-03-17/raikkonen-wi... http://atlasf1.autosport.com/news/2000/jan/1919.ht... http://www.driverdb.com/drivers/11/career/ http://www.driverdb.com/racingdriver11.html http://en.espnf1.com/f1/motorsport/driver/1201.htm... http://www.f1db.com/f1/page/Jenson_Button http://fia.com/en-GB/mediacentre/pressreleases/f1r... http://www.formula1.com/news/headlines/2005/1/2540... http://www.formula1.com/news/headlines/2011/10/125... http://www.formula1.com/news/headlines/2011/8/1245...